Persatuan Pengusaha Semaian Sawit Malaysia (Malaysian Oil Palm Nurseries Association-MOPNA) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan pada 26 Mei 2008 dengan Nombor Pendaftaran 0925-08 SEL.

logo_MOPNA2

Ia tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Pertubuhan 1984. Penubuhan Persatuan ini adalah untuk memenuhi tuntutan industri supaya pengusaha semaian mempunyai landasan untuk meluahkan permasalahan mereka kepada pihak berkuasa.

Ke Arah Bahan Tanaman Yang Tulen Dan Berkualiti

Adalah sangat bertepatan dengan objektif penubuhan MOPNA seta matlamat kerajaan untuk mencapai sasaran industri iaitu sebanyak 35 tan BTS sehektar dan dan 25 peratus Kadar Perahan Minyak (OER) dengan cara memilih anak benih sawit dari baka D x P tulen dan berkualiti untuk penanaman di ladang.