PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN INDUK
PERSATUAN PENGUSAHA SEMAIAN SAWIT MALAYSIA
(MALAYSIAN OIL PALM NURSERIES ASSOCIATION)

1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PENGUSAHA SEMAIAN SAWIT MALAYSIA (MALAYSIAN OIL PALM NURSERIES ASSOCIATION)
Selepas ini disebut “Pertubuhan”.

1.2 Takrif Nama :

1.3 Taraf Pertubuhan : Lain-lain

2.1 Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

NO. 63A, JALAN SS25/2, TAMAN BUKIT EMAS,
47301
PETALING JAYA

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

NO. 6, JALAN SS2/39,
47300 PETALING JAYA
SELANGOR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

2.2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3.1 Untuk menjaga kepentingan industri semaian sawit Negara.

3.2 Mengeratkan lagi perhubungan Persatuan dengan badan kerajaan.

3.3 Untuk menjaga kepentingan ahli-ahli Persatuan.

3.4 Untuk mewujud kesefahaman antara ahli-ahli Persatuan.

3.5 Untuk menganjur dan mengadakan kursus-kursus kepada ahli bagi meningkatkan kualiti semaian sawit.

3.6 Mengutip derma daripada ahli-ahli dan orang awam, menerima sumbangan dan menjalankan aktiviti bagi mengisi tabung Pertubuhan untuk tujuan pertubuhan dengan syarat persetujuan Mesyuarat Agung serta tertakhluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.

3.7 Memohon, memajak, memperolehi atau memiliki lain-lain harta untuk tujuan Persatuan dengan syarat persetujuan mesyuarat agung dan tertakhluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.

4.1 Ianya terbuka kepada syarikat pengusaha semaian sawit, agen biji benih dan pengeluar biji benih yang memegang lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB).

4.2 Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli Persatuan hendaklah dicadang dan disokong oleh dua ahli Persatuan dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

4.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran
tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima manjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4.4 Tiap-Tiap ahli Persatuan hanya dibenarkan untuk menghantar seorang wakil untuk menghadiri dan mewakili satu (1) undi dalam Mesyuarat Agung. Ahli adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

4.5 Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

5.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

5.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik Persatuan dari segi objektif dan tujuan boleh dipecat atau digantungkan keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli tersebut hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

6.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-

6.1.1 Bayaran masuk RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja)
6.1.2 Yuran Tahunan RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja)

6.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum 15hb Januari setiap tahun.

6.3 Ahli yang tidak membuat bayaran sehingga 15hb Julai akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hakhak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

6.4 Ahli yang tidak membuat bayaran sehingga 15hb Januari pada tahun berikutnya akan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintah supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli tersebut telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

6.5 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

6.6 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya terdapat ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

7.1 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

7.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak melebihi daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa untuk meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

7.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerjakerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:-
(a) Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun yang lalu;
(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
(c) Memilih ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun akandatang;
(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

7.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.

7.5 Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan:-
(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

7.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli Persatuan menurut Fasal 8.5 hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

7.8 Fasal 8.1 dan 8.2 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

7.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

8.1 Satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai persatuan hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:-
a) Presiden
b) Timbalan Presiden
c) Setiausaha
d) Bendahari
e) Pegawai Perhubungan/Pembangunan Industri Sawit Semaian
f) 6 orang Ahli Jawatankuasa

8.2 Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

8.3 Nama-nama untuk jawatankuasa di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai akan memegang jawatan untuk dua (2) tahun dan had maksima untuk memegang satu (1) jawatan yang sama bagi jawatan 8.1(a), ialah 5 penggal sahaja. Bagi jawatan 8.1(b), 8.1(c), 8.1(d), 8.1(e) dan 8.1(f), tiada had maksima untuk memegang satu (1) jawatan yang sama.

8.4 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya
dalam tahun lalu pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

8.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh masa enam (6) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli empat belas (14) hari notis terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan memenuhi korum mesyuarat.

8.6 Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai diterima:
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang banyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha dalam mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

8.7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan disifatkan sebagai telah meletak jawatan di dalam Jawatankuasa.

8.8 Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon yang mendapat undi kedua terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dilantik untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain untuk memenuhi kekosongan itu sehingga pemilihan yang akan datang.

8.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantung atau melucut jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

8.10 Jika difikirkan perlu dan mustahak, Jawatankuasa berkuasa untuk menubuh Jawatankuasa Kecil untuk menjalankan fungsi khas dan berkuasa untuk membatalkan fungsi atau Jawatankuasa Kecil tersebut.

9.1 Presiden, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat
bila telah diluluskan.

9.2 Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

9.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat syarikat dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

9.4 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah menyedia dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan mana-mana dua
lagi penandatangan di antara Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha.

9.5 Pegawai Perhubungan / Pembangunan Industri Semaian Sawit adalah bertanggungjawab dalam semua aktiviti perhubungan antara agensi dan
mempromosi aktiviti and tujuan Persatuan. Semasa ketiadaan Pegawai Perhubungan / Pembangunan Industri Semaian Sawit, maka Presiden atau
Timbalan Presiden akan menjadi pengganti untuk melaksanakan semua aktiviti perhubungan antara agensi dan mempromosi aktiviti and tujuan Persatuan.

9.6 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

10.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

10.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit yang tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang berlebihan daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.

10.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani oleh tiga (3) penandatangan dimana Bendahari merupakan penandatangan wajib untuk menandatangani cek bersama dua (2) lagi penandatangan sama ada Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha. Semasa ketiadaan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.

10.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu sahaja) bagi sesuatu masa boleh dibayar dengan kelulusan Bendahari bersama-sama dengan mana-mana dua (2) lagi pegawai iaitu Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha.

10.5 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kirakira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.

10.6 Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

11.1 Dua orang ahli yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

11.2 Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi tiap-tiap tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

11.3 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu untuk mencalon dan melantik juruaudit luaran untuk mengaudit Kira-kira Persatuan.

12.1 Harta takalih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan. Segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan olegh tiga orang pemegang jawatan Persatuan iaitu Presiden, Setiausaha dan Bendahari, yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar, dan dimeteri dengan meteri Persatuan.

12.2 Harta takalih Persatuan tidak boleh dijual, disewa, dipindahmilik atau digadai tanpa persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung.

13.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

13.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.

15.1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

15.2 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

15.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

15.4 “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahli.

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undangundang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

17.1 Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung dipanggil khas kerananya.

17.2 Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undangundang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

17.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.

18.1 Bendera

Keterangan

18.2 Lambang

favicon

Keterangan

18.3 Lencana

Keterangan