Pada 24 April lalu, Persatuan Pengusaha Semaian Sawit Malaysia (MOPNA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-11 di Dewan Konvesyen Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPTPTR) di daerah Jerantut. Ia bersempena dengan FASSB Nursery Day 2018 yang berlangsung pada keesokan hari iaitu 25 April 2018. AGM ini telah menjemput Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC) YB Datuk Seri Mah Siew Keong diwakili oleh YBhg. Datuk M. Nagarajan selaku Penasihat Menteri MPIC untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan AGM tersebut. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Encik Romzi Ishak, Pengurus Besar Felda Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) (Agronomic Advisory Department), Pengurus Pemasaran FASSB Encik Mustazah Mohamed dan rakan-rakan sejawat yang lain.